DIY tour ke Bukittinggi Indonesia
Perjalanan indah di Sumbar Indonesia.
Pada musim cuti sekolah baru ni, sempatlah akak berjalan-jalan ke Sumatera Barat (Sumbar) Indonesia. Lebih tepatnya lagi ke Bukittinggi. Percutian 4 hari 3 malam akak, sangat sangatlah indah.
Sebenarnya bukan lah bercuti sangat pun, tapi ada urusan pusaka yang harus di selesaikan segera. Akak pergi berdua dengan kakak nombor dua. Oleh kerana ini urusan pusaka, terpaksalah anak anak dan suami ditinggalkan di Malaysia. Sambil menyelesaikan urusan pusaka, akak DIY sekali percutian. Tidak ikut mana mana itenary. Tapi korang kena baca, sebab berbaloi untuk korang kalau nak DIY jalan jalan ke SUMBAR.
Kami berangkat ke Airport Minangkabau pada 28/12/2023. Kitorang naik Airasia. Tiket yang kitorang beli cuma beberapa hari sebelum berangkat. Tapi kebetulan Airasia tengah buat promo, so dapat lah harga yang agak berbaloi. Untuk 2 orang, total hangus rm500++ termasuk bagasi.Untuk hari pertama, kami dah booking kenderaan untuk jemput dari airport dan hantar terus ke hotel. Hotel kami dah siap booking sejak dari Malaysia lagi guna apps Agoda. Hotel kami nama Hotel Al-Barra. Untuk transport dari airport ke hotel, kami bayar RP400k. Hotel Rm114.00 untuk bilik twin termasuk sarapan nasi goreng.
Akak nak nasihat korang, kalau nak ke sini, lebih baik korang ambil flight awal pagi, so hari pertama korang tak membazir dengan menghabiskan masa dalam perjalanan. Macam kami ni, depart jam 7.20 pagi dan sampai di Padang jam 7.20 pagi waktu Indonesia. Jarak dari airport ke Bukittinggi tak lah jauh, tapi sebab kan takde hiway dan keadaan Jalan yang sempit, masa yang diambil agak lama. Perjalanan mengambil masa 2jam lebih. Padahal jarak cuma 75km. Sempat lah akak mabuk. Ye lah, biasanya akak yang memandu, kalini akak jadi penumpang. Tak biasa. Haha.
Kebetulan, kami memang dah request untuk checkin hotel awal. So sampai hotel, terus masuk ke bilik lepas settle pendaftaran. Kami install apps Gojek/Gocar siap siap untuk memudahkan pergerakan. Boleh je guna Grab, tapi rate Grab agak mahal kat sini. Lebih baik guna Gocar. Mudah dan cepat. Lepas letak barang, kami terus book Gocar untuk ke Jam Gadang dan Pasar Atas. Kata orang, kalau sampai Bukittinggi, wajib datang ke sini dan bergambar, tak lupa juga bershopping. Hehe.
Kalau korang ada plan untuk singgah ke Pasar Atas pada hari terakhir percutian, akak nasihatkan korang, jangan shopping dulu. Beli pada hari terakhir. Ye la, korang nak angkut barang banyak banyak bukan senang. Patah bahu nanti. Lebih baik korang berjalan disekitar sini dulu. Boleh melawat Lobang Jepang, Ngarai Sianok, Benteng Fort de Kock. Jangan lupa naik Bendi, kereta kuda untuk pusing kawasan sekitar.
Hari kedua, kami bertolak ke Lembah Harau. Menikmati alam semulajadi. Kami dah tempah tent di The Edge Harau Glamping. Tempat ni memang sesuai la untuk korang yang suka camping. Tapi tiada khemah peribadi dibenarkan. Sebab kat sini dah siap macam macam jenis khemah. Yang kitorang pilih ni, Saujana 7. Ada satu tilam king dan satu tilam single. Sebenarnya terlebih besar untuk kitorang berdua, tapi sebab harganya murah, ambil je lah, boleh tidur sambil golek golek. Toilet dibahagian luar. Kalau korang ada bawa orang tua dan family ramai, boleh booking tent yang ada toilet di dalam, tent pun lebih besar. Untuk makan, korang jangan risau sebab depan tempat ni ada cafe. Kalau nak kopi kopi, cafe di sini ada kopi yang sedap selain baristanya peramah. Selain itu, korang boleh je request untuk BBQ kalau nak buat bakar bakar waktu malam. Barang barang akan disediakan, harga pun murah. Dalam tent ada kipas dan kettle. Kopi dan teh disediakan. Untuk tent Saujana 7 ni, harga 1 malam Rp550k untuk weekend, Rp450k untuk weekdays. Harga termasuk sarapan nasi goreng.
300 meter dari The Edge ni, ada air terjun yang sangat cantik. Korang bawalah baju mandi siap siap, sebab memang boleh mandi. Dan jangan lupa sediakan duit untuk ambil gambar menggunakan khidmat photographer yang ada di sekitar air terjun. Bantulah mereka sebab rajin mencari rezeki. 1 gambar Rp15k je, tak mahal pun. Oh ye, untuk yang bawa anak kecil, disebelah The Edge ni ada water park tau. Akak tak masuk la sebab tak bawa anak. Ada bayaran masuk, tapi akak lupa nak tanya harganya. Kat depan air terjun ni, ada gerai gerai yang menjual makanan. Kebetulan tengah musim durian, jadi akak belilah sebiji durian untuk disantap berdua. Masyallah, lazat sekali. Kata penjualnya, ini lah buah rasa durian. Haha.
Disekitar Lembah Harau banyak terdapat homestay dan glamping park. Korang boleh je pilih yang sesuai dengan korang. Tapi bagi akak The Edge ni dah cantik sangat. Ada satu lagi tempat yang akak nak menginap kalau ada rezeki, di Swarnabhumi wisata baru Harau. Glamping di tepi sawah. Memang cantik, tapi sebab nak kan vibes air terjun, akak pilih The Edge dulu. Korang kalau nak ke Swarnabhumi pun boleh. Ikut la mana yang sesuai.
Untuk hari ke tiga, lepas check out dari The Edge, terus kitorang menuju ke Puncak Lawang. Antara tempat yang cantik untuk healing, tapi akak tak naik ke Puncak Lawang tu, singgah di puncak sebelah dia. Sebab kebetulan hari yang kami pergi tu hari sabtu, jadi ramai sangat umat manusia. Tak sanggup nak beratur ambil gambar di tempat bergambar yang viral atas tu, akak tengok dari jauh je lah. Itupon dah bersyukur sangat sebab dapat tengok Danau Maninjau. Lagi pun akak dah pernah naik ke Puncak Lawang dulu. Cantik masyaallah. Kalau ke Puncak Lawang ni, korang kena minta driver Gocar tu tunggu korang siap bergambar tau, sebab kat sini memang tak ada Gocar, korang jangan risau driver kat sini baik2 semuanya. Nanti korang bagi la tips lebih sikit kat driver.
Sepatutnya kitorang nak singgah ke Kelok 9 yang terkenal tu, tapi disebabkan ada tanah runtuh, tak dapat la ke sana. Banyak lagi tempat yang sepatutnya kami lawati, tapi sebab kami dah datang berkali kali ke Sumbar sejak kecil, lebih dari 10 kali, jadi kami pilih tempat yang kami nak pergi sahaja. Korang kalau ke sini, korang boleh pergi ke Istana Pagaruyung, Rumah Kelahiran Buya Hamka, Batu Malinkundang, Danau Singkarak dan tempat tempat wisata yang lain.
Dari Puncak Lawang, kami terus bergerak ke Padang, hotel dah tempah awal. Kami pilih hotel Grand Buana Lestari. Hotel ni hotel 5 bintang, harganya murah ya amat, rm145 termasuk tax. Kitorang pilih hotel ni sebab dekat dengan airport. Jarak cuma 5 minit perjalanan. Dalam bilik ada 2 katil single. Tilamnya punya lah tinggi, nak naik katil kena panjat sebab akak kan comel pendek. Tapi tilamnya sangat lah sedap. Buat tidur jadi lena sangat. Nasib baiklah boleh late check out. Jadi dapat lah tidur puas puas. Hotel ada kolam renang, tapi tengok ramai budak budak, jadi malu nak mandi. Haha.
Untuk balik, korang ambil lah tiket flight sebelah petang, jadi korang tak terkejar kejar dengan masa. Tiket kitorang pukul 4 petang. Checkout hotel pukul 1, terus gerak ke airport. Akak nasihatkan korang sebelum ke airport, korang makanlah siap siap kat luar. Sebab kat airport makanannya mahal tak berbaloi. Dari hotel ke airport, kami guna kenderaan hotel, korang boleh request masa check out. Percuma je okey. Tapi korang bagilah tips sikit kat driver. Sebab dia akan tolong korang angkat dan susun barang barang dan tolong ambil kan troli untuk korang.
Sepanjang 4 hari 3 malam di Sumbar total duit yang habis hampir rm1k. Banyak habis kat shopping baju suami dan anak anak je. Beli telekung dan kain pasang juga. Selain tu habis untuk makan sebab makanan macam macam. Aduhh sedap sedap semuanya. Kami sampai di Malaysia jam 6.30 petang. Flight delay 20 minit. Sabar je la... Haha..
























































Comments
Post a Comment