Posts

Showing posts from April, 2023

MENU BARU AYAM GEPUK PAK GEMBUS

Image
 Tentukan Sendiri Pedasmu. Ayam Gepuk Pak Gembus (AGPG) , siapa yang tak kenal? AGPG adalah ayam gepuk komersial yang pertama di Malaysia. AGPG memiliki hampir 50 cawangan restoran di seluruh Malaysia dan terus berkembang. Penyedia makanan nasi ayam gepuk yang terkenal dengan kepedasan sambalnya.  Baru-baru ini, AGPG telah melancarkan menu baru Sate Ayam Crispy Jogja dan Air Keladi Semarang. Sate ayam crispy ini boleh dibeli secara ala carte 3 cucuk, 5 cucuk atau 10 cucuk atau boleh juga di add on dalam pilihan nasi set A, set B, set C atau pon set D. SET A SET B SET C SET D Secara peribadinya bagi akak, sate ayam crispy ni ada satu rasa yang special. Rempah ayam dan salutan tepung sate tu sedap. Dicicah pula dengan kicap Sambal yang manis-manis pedas tu, menaikkan lagi rasa sate.  AIR KELADI SEMARANG SATE AYAM CRISPY JOGJA Air Keladi Semarang pula, tidak terlalu kuat rasa keladi, just nice kalau ikut kata orang kampung akak. Tak terlalu manis dan lemak. Jadi bila kita mi...

YANG TUA DIHORMATI, YANG MUDA DISAYANGI.

Image
  Ramadan Diinsafi, Syawal Dirai.  Bob Rock Clothing (BRC) dengan kerjasama Plaza Shah Alam telah mengadakan program pemberian sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa.  Majlis ini adalah bagi meraikan anak-anak yatim dari Rumah Jagaan Amal Al- Firdaus. Seramai 45 orang kanak-kanak kurang bernasib baik yang berumur antara 1 hingga 6 tahun telah turut sama dalam majlis ini. Majlis telah berjalan dengan sangat lancar. Jelas terpancar wajah kegembiraan anak-anak ini sepanjang majlis berlangsung. Bertambah teruja anak-anak ini apabila diberikan duit raya. Anak-anak ini amat perlu disantuni agar mereka tidak merasa kekurangan akibat ketiadaan ibu bapa.  Program ini adalah kesinambungan dari program-program dan tanggung jawab korporat (CSR) yang telah dijalankan oleh BRC setiap kali tibanya musim perayaan. Bob Rock Clothing yang terletak di tingkat 1 Plaza Shah Alam adalah sebuah butik pakaian yang menjual pelbagai pakaian lelaki yg bersaiz besar. Untuk musim perayaan...

GALERI NUR RAUDHAH

Image
 Buatmu Kerinduan Ku Ya Rasulullah Galeri Nur Raudah, satu galeri yang menempatkan barangan peribadi @ athar Rasulullah, nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Galeri yang terletak di Ukay Height ini telah diasaskan oleh Ustaz Zawawi Bin Ramli dan isteri Puan Raba'ah Binti Aziz.  Pemilikan athar Rasulullah ini adalah dengan kerjasama Galeri   Warisan   M.A.R Terengganu  yang diasaskan oleh Allahyarham Prof   Dr Abdul Manan Embong  seorang pakar arkeologi dan pernah berkhidmat sebagai Penasihat Muzium Sultan Brunei. Galeri ini ditubuhkan bertujuan untuk umat Islam mendekatkan diri dan hati dengan Rasulullah melalui juzuk tubuh dan barangan peninggalan baginda.  Setiap barangan Rasulullah yang dipamerkan ini, telah melalui kajian dan postmortem selama bertahun-tahun sebelum disahkan sebagai tulin dan diberikan sijil pengesahan. Barangan yang dipamerkan juga adalah tulin dan bukannya replika.  Menurut pengasasnya, galeri ini ditubuhkan adalah b...