YANG TUA DIHORMATI, YANG MUDA DISAYANGI.
Ramadan Diinsafi, Syawal Dirai.
Bob Rock Clothing (BRC) dengan kerjasama Plaza Shah Alam telah mengadakan program pemberian sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa.
Majlis ini adalah bagi meraikan anak-anak yatim dari Rumah Jagaan Amal Al- Firdaus. Seramai 45 orang kanak-kanak kurang bernasib baik yang berumur antara 1 hingga 6 tahun telah turut sama dalam majlis ini.
Majlis telah berjalan dengan sangat lancar. Jelas terpancar wajah kegembiraan anak-anak ini sepanjang majlis berlangsung. Bertambah teruja anak-anak ini apabila diberikan duit raya. Anak-anak ini amat perlu disantuni agar mereka tidak merasa kekurangan akibat ketiadaan ibu bapa.
Program ini adalah kesinambungan dari program-program dan tanggung jawab korporat (CSR) yang telah dijalankan oleh BRC setiap kali tibanya musim perayaan.
Bob Rock Clothing yang terletak di tingkat 1 Plaza Shah Alam adalah sebuah butik pakaian yang menjual pelbagai pakaian lelaki yg bersaiz besar. Untuk musim perayaan kali ini, BRC telah menyediakan pelbagai design-design terbaru untuk mereka yang plus size.
Teruskan menyokong BRC pada masa akan datang supaya program CSR ini dapat di teruskan. Program seperti ini diharap mendapat lebih banyak kerjasama dari syarikat-syarikat NGO di masa akan datang.
Love,
MAMI EL





























Comments
Post a Comment