United Nine Creative & TFP Solution Berhad Bergabung Tenaga Memacu Revolusi Industri Kreatif Digital
Premiera Hotel, 3 Disember 2025 – Satu langkah baharu yang signifikan dalam transformasi digital industri kreatif negara telah direalisasikan hari ini menerusi termeterainya Perjanjian Persefahaman (MoU) antara United Nine Creative Sdn. Bhd. (UNC) dan MBP Solutions Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh TFP Solutions Berhad. MoU bersejarah ini ditandatangani oleh Pengarah Urusan merangkap Penerbit Filem United Nine Creative, Dato’ Mohd Rosdi Shair, dengan matlamat memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan serta pemodenan sektor kreatif Malaysia melalui inovasi digital berimpak tinggi. --- Memperkasa Karyawan Melalui Teknologi Blockchain Kolaborasi ini membuka ruang yang lebih luas kepada karyawan industri kreatif — merangkumi pengarah filem dan drama, penulis skrip, komposer, juruvideo sehinggalah pelukis batik dan potret — untuk memperkasa karya serta perniagaan kreatif mereka menggunakan sistem digital yang moden dan berdaya saing global. Inisiatif ini berpusat pada produk terb...