Padang DIY lagi.
Trip tahun 2024 ni bermula lewat, sudah hampir penghujung tahun, baru ada kesempatan untuk tour ke luar negara. Alasannya kerana kedai makan aku yang baru memulakan operasinya awal tahun haritu. Perlukan banyak masa dan tenaga untuk memastikan kedai berjalan lancar. Masih mengekalkan percutian DIY 4 hari 3 malam. Perjalanan kali ini, dirancang kurang sebulan, 3 minggu sebelum fly baru cari tiket flight. Awalnya plan nak ke Medan, Indonesia. Tapi perancangan bertukar bila tengok harga tiket ke Padang Sumatera Barat jauh, jauh, jauh lagi murah. Bila tanya dengan yang lain, semua setuju, asalkan dapat fly naik kapal terbang, selama ni diorang fly lompat pagar asrama dan sekolah je. Haha. Oh ye, trip kali ni aku bawak anak-anak terangkat kesayangan ku. Ye, bukan anak angkat, tapi terangkat sebab diorang dah besor bas, dah boleh angkat diri sendiri, tak terangkat dek aku oii.. Aku bawa tak ramai, 4 orang je walaupun sebenarnya anak terangkat aku ni ada ramai sangat. Cukup la yang 4 or...