Posts

Showing posts from February, 2023

SUMPAHAN SYAITAN

Image
   Sejak berakhirnya pkp, ini adalah filem komedi seram pertama yang ditonton. Sumpahan syaitan merupakan filem arahan pengarah Roy Krishna.     Filem ini mengisahkan tentang watak Sam yang dilakonkan oleh Farid Kamil dimana telah diperdaya untuk melabur didalam perniagaan MLM. Kerana terdesak, Sam telah membuat pinjaman sebanyak RM3 juta dari lintah darat bernama Branco.  Akibat tertipu dengan MLM dan tidak dapat membayar hutang yang dibuat, Sam telah meminta bantuan sahabat baiknya Malik lakonan Dato' AC Mizal untuk menyelamatkan dirinya dan keluarga. Malik telah mengarahkan Sam untuk membawa keluarganya ke sebuah hotel yang baru dibelinya agar Sam dapat menjaga dan menguruskan hotel tersebut. Tetapi, tanpa diketahui oleh mereka, hotel tersebut sebenarnya telah disumpah. Aksi sebenar cerita bermula di sini, apabila berlaku pembunuhan demi pembunuhan di hotel tersebut. Bagaimana mereka menyelesaikan kes pembunuhan itu dan dapatkah mereka merungkai sumpahan berp...