SUMPAHAN SYAITAN
Sejak berakhirnya pkp, ini adalah filem komedi seram pertama yang ditonton. Sumpahan syaitan merupakan filem arahan pengarah Roy Krishna.
Filem ini mengisahkan tentang watak Sam yang dilakonkan oleh Farid Kamil dimana telah diperdaya untuk melabur didalam perniagaan MLM. Kerana terdesak, Sam telah membuat pinjaman sebanyak RM3 juta dari lintah darat bernama Branco. Akibat tertipu dengan MLM dan tidak dapat membayar hutang yang dibuat, Sam telah meminta bantuan sahabat baiknya Malik lakonan Dato' AC Mizal untuk menyelamatkan dirinya dan keluarga. Malik telah mengarahkan Sam untuk membawa keluarganya ke sebuah hotel yang baru dibelinya agar Sam dapat menjaga dan menguruskan hotel tersebut. Tetapi, tanpa diketahui oleh mereka, hotel tersebut sebenarnya telah disumpah. Aksi sebenar cerita bermula di sini, apabila berlaku pembunuhan demi pembunuhan di hotel tersebut. Bagaimana mereka menyelesaikan kes pembunuhan itu dan dapatkah mereka merungkai sumpahan berpuluh tahun yang ada dihotel tersebut? jom saksikan SUMPAHAN SYAITAN di pawagam berdekatan anda yang akan ditayangkan bermula 2/3/2023 ini.
Saksikan lakonan mantap Dato' AC Mizal, Farid Kamil, Saiful Apek, Azlee Senario, Pak Ya Sepahtu dan ramai lagi. Kemunculan Dato' Jalaludin Hassan didalam filem ini sangat memberi impak dengan watak antagonis sebagai Branco.
Dipermulaan tayangan, jalan cerita agak perlahan, tetapi penonton perlu memberi tumpuan kerana kesinambungan jalan cerita sentiasa berkait. Farid Kamil yang selalu memegang watak serius dalam filem-filem lakonan beliau sebelum ini, kali ini juga memegang watak Sam yang serius dan lurus. Sam yang terlalu berimpian untuk bergelar jutawan akhirnya memerangkap diri dan keluarganya. Sudah pasti lakonan Saiful Apek, Azlee Senario dan Epy Kokdiang membuatkan penonton tak kering gusi. Filem ini kurang elemen kejutan seperti kebiasaan filem-filem bergenre seram yang lain, tetapi bagusnya tiada unsur-unsur 'klise'. Penonton sangat terhibur dan bergelak ketawa sehingga ke penghujung filem. Berbaloi untuk hiburan santai keluarga. Jom tonton wayang!




Comments
Post a Comment