Padang DIY lagi.
Trip tahun 2024 ni bermula lewat, sudah hampir penghujung tahun, baru ada kesempatan untuk tour ke luar negara. Alasannya kerana kedai makan aku yang baru memulakan operasinya awal tahun haritu. Perlukan banyak masa dan tenaga untuk memastikan kedai berjalan lancar.
Masih mengekalkan percutian DIY 4 hari 3 malam. Perjalanan kali ini, dirancang kurang sebulan, 3 minggu sebelum fly baru cari tiket flight. Awalnya plan nak ke Medan, Indonesia. Tapi perancangan bertukar bila tengok harga tiket ke Padang Sumatera Barat jauh, jauh, jauh lagi murah. Bila tanya dengan yang lain, semua setuju, asalkan dapat fly naik kapal terbang, selama ni diorang fly lompat pagar asrama dan sekolah je. Haha.
Oh ye, trip kali ni aku bawak anak-anak terangkat kesayangan ku. Ye, bukan anak angkat, tapi terangkat sebab diorang dah besor bas, dah boleh angkat diri sendiri, tak terangkat dek aku oii.. Aku bawa tak ramai, 4 orang je walaupun sebenarnya anak terangkat aku ni ada ramai sangat. Cukup la yang 4 orang buas-buas ni. Aku dah macam makcik makcik melayan karenah diorang bangun pagi. Tapi aku seronok je layan, sebab aku sayang dah macam anak sendiri.. Korang jangan pelik, semuanya lelaki, aku tak select, tapi budak perempuan yang select aku..sedihhh...
Berbalik pada perjalan trip aku dan anak terangkat aku ni, aku bawa la sekali kawan baik aku yang sejak dari dalam perut lagi dah berkawan tu, Cik Rahimah namanya. Saje je aku bawa dia, ikut hati nak je aku tinggalkan kat Malaysia, sebab dia ni main tarik tali ngan aku, kejap nak ikut, kejap tak nak. Last last nak ikut pulak. Haih geram aku.
Macam biasa, kalau pergi ke Padang, mesti aku akan ambik flight paling awal. Penerbangan pertama pukul 7.45am. Aku bangun jam 3 pagi, bersiap awal sebab nak kutip bff aku tu, padahal rumah dia 100 meter je dari rumah aku. Lepas tu jemput pulak anak anak kesayangan aku. Diorang nak juga bermanja dijemput, dihantar oleh mak muda comel diorang ni (padahal aku dah tua). Aku jemput anak aku 3 orang je, yang sorang lagi dia pergi sendiri ke airport sebab dia dari UNITEN Bangi. Yang lain semua dah cuti, dia sorang je ada short sem.
Nasib baik aku dah chek-in awal, sampai airport terus print boarding pass. Nak di jadikan cerita, anak aku yang dari UNITEN tu tersalah airport, boleh pulak dia ke KLIA1. Ni trip bajet B40 nak oiii, tunggu lah esok kau dah kerja, belikan la mak terangkat korang ni tiket MAS ye, boleh naik dari sana..haha.. Tunggu punya tunggu, bff aku tu dah masam muka. Ye la, dia tu tourist guide, selalu main dengan masa, garang pulak tu. So aku suruh la dia masuk dulu. Aku dengan anak anak yang lain setia menunggu. Rupanya kawan yang drop dia kat KLIA 1 tu dah balik, so dia kena ambik train ke KLIA 2. Dari train tu, berlari dia bawa beg ke balai perlepasan. Haha.. kesian aku tengok. Tapi aku still bertenang sebab tak nak trip ni rosak. Ye la, pergi untuk healing, bukan sebab kerja..
Penerbangan smooth, walau berawan, tapi kapten terbang tinggi lagi dari awan. View kat atas memang superb. Aku awal awal lagi dah on kan roaming. Touch down je kat Minangkabau International Airport Padang, terus buka apps Gojek. Apps tu aku dah install awal masa kat KL lagi. Dalam gojek ada gocar. So pilih Gocar XL untuk kami berenam. Nasib muat, fuhh. Tapi kalau Korang naik gocar ni, korang kena jalan kaki keluar dari gate airport, sebab kat sini macam aneh sikit, gocar, grab, semua tak boleh masuk. Kau kena guna transport dalam airport. Dalam airport ada je gocar, grab, tapi harga dia sure la lagi mahal dari kau order guna apps. Tapi jalan keluar pun tak jauh mana, dalam 200 meter je. Aku yang gemoy ni pun tak sempat rasa penat jalan keluar tu (ye la barang2 aku semua anak anak aku dah tolong bawakan memang la tak penat.. Hahaha)
Hentian pertama, kitorang makan dulu, alang alang dah hampir tengah hari, kitorang makan nasi terus. Singgah ke Rumah Makan (RM) Lamun Ombak yang viral tu. Untuk menu dia biasa je, aku pun tak faham kenapa dia viral. Harga memang murah la banding kau makan kat KL.. tapi budak budak ni tak enjoy. Siap tanya aku, kenapa tak sama macam akak masak (diorang panggil aku Kak Ell) katanya lagi, jauh dari expectation diorang. Aduhh.. kecewa gak la tapi disatu sisi, rasa happy sebab diorang suka masakan aku. Haha.. Makan untuk 6 orang Rp380,000.
Sebabkan 1st day ni aku nak habiskan masa di Bukittinggi, aku tak buang masa, terus order Gocar XL untuk ke bukit. Rupanya jalan putus di area Lembah Anai tu, masih dalam pembaikan, jadi kena guna laluan alternatif yang agak jauh. Biasanya Padang - Bukittinggi tu anggaran dalam sejam lebih je dah sampai. Ni ambil masa 3-4 jam. Dengan jalan kecik, jem dan banyak lori besar, akhirnya sampai jugalah kami ke hotel. Grand Rocky Bukittinggi pilihan aku. Aku booking guna Agoda je. Hotel ni jarak dalam 300 meter ke jam gadang dan Pasar Ataih tempat shopping tu. Memang sengaja aku pilih hotel ni sebab fasiliti dan jarak yang dekat dengan attraction yang ada kat kawasan sekitar. Hotel untuk 2 bilik RM500.
Sebabkan semua dah penat, so kitorang cadang untuk keluar waktu malam je. So petang tu kitorang layan swimming dalam kolam yang airnya sejuk beku. Kolam kat hotel ni tak ada heater. Memang beku la, tapi syok hehe.. layan permandangan area swimming pool ni syahdu uii...sempat la order milk shake dengan cocktail buat hilangkan dahaga. Depan hotel ada kedai runcit, beli jajan untuk anak anak aku ni sebab aku takut diorang lapar malam malam. Ye la, anak lelaki ni makan dia lain macam sikit.
Lepas dah siap maghrib semua, kitorang cari restoran untuk makan malam. Guna kenderaan hotel, pak supir rekomen kami untuk makan di RM Simpang Raya. Kami makan nasi goreng je, masing masing tak nak makan nasi padang. Kami makan sate sizzling. Hehe. Sate tu sejuk je sebenarnya tapi letak dalam piring sizzling yang panas, dituang kuah panas panas, memang mendidih la. Bagi 7/10 untuk sate tu. 8/10 untuk es teler. 6/10 untuk nasi goreng. Total makan malam Rp250,000.
Lepas makan, kami naik Gocar terus ke jam gadang. Kebetulan ada majlis selawatan di area jam gadang ni, berbekalkan apam balik coklat kacang, layan la malam area sini. Anak anak dah masuk ke mall, nak beli wayar charger di Mr.DIY.. dah habis layan, kitorang jalan kaki je untuk balik ke hotel, sebab dekat. Masa jalan tu sempat la aku tengok hotel area sini, korang kalau nak datang, antara hotel yang aku rekomen selain Grand Rocky ni, adalah Tripletree Hotel and Resort Bukittinggi. Hotel ni lagi dekat ke jam gadang. Hotelnya waktu malam memang cantik gila. Serius aku tak tipu, sempat la aku hampir menyesal tak booking hotel ni haritu haha. Tapi sebab kan aku nak kan bilik yang ada carpet, so Tripletree ni jadi second choice aku.
Hari ke 2, breakfast kat hotel. Buffet spread dia memang berbaloi la puas hati makan semuanya sedap sangat. Dekat 2 jam juga la layan buffet. Semua menu kami cuba. Air kopi dia sedap, mungkin sebab dia guna kopi tempatan. Lain rasa dari kopi yang ada kat Malaysia. 2 kali aku repeat kopi sedap tu..hehe.
Lepas check-out, kitorang ke jam gadang semula untuk beli souvenir untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kena beli awal sebab kita memang tak akan patah balik ke Bukittinggi. Kita akan ke Harau, Payakumbuh. Balik nanti pun kita memang dah tak lalu Bukittinggi lagi. Agak comel tengok anak lelaki beli telekung dan baju tidur untuk mak kandung diorang. Baik budi betul budak budak ni, pergi jalan jalan ingat kat mak ayah di rumah. Siap beli kain pelikat. Alaa..geram je rasa nak cubit..
Sebelum sampai ke Harau, sempat la aku singgah ke warung kopi tempat sahabat aku bekerja. Sahabat yang aku kenal masa tahun lepas aku ke sini. So makan tengah hari dan minum kopi kat sini sebelum meneruskan perjalanan. Jarak Bukittinggi ke Harau dalam 1-2 jam je.. tak jauh sangat, macam biasa, naik Gocar je.. jimat..
Kat Harau, aku dah siap siap booking glamping tent 2 jenis, 1 villa yang muat 5 orang dan tent untuk 2 orang. Kat sini, korang memang kena pergi sebab permandangan dia memang cantik ya Rabbi.. sampai rasa tak puas tengok alam ciptaan tuhan. Gambar yang aku ambik ni memang gambar sebenar. Dah berhari hari kau hirup asap kenderaan kat Malaysia tu, dengan habuk lagi area rumah aku tu sebab projek ECRL. Bila datang sini, masyaallah segarnya udara. Percayalah, korang kena datang sini once for a lifetime. Glamping atas sawah padi. Untuk waktu siang, cuaca dia biasa je. Tapi malam dan pagi, sejuk dan berkabus tebal. Sejuk sampai tulang.
Untuk makan malam, aku dah siap booking awal untuk BBQ kat depan villa. So lepas maghrib, staff glamping ni dah prepairkan kelengkapan untuk kami BBQ. Bakarkan arang, setup makanan semua. Kitorang tinggal bakar je. Lepas bakar, kitorang makan sambil layan movie. Kau tengok anak aku ni semua sopan je makan dalam barisan. Lepas makan tidur sebab semua dah kepenatan.
Paginya semua sarapan kat restoran glamping ni, memang include sekali dalam pakej yang aku booking. Lepas sarapan, sewa motor dengan glamping ni untuk jalan2 kawasan kampung. Kitorang pergi kat area air terjun. Kalau korang baca dalam cerita aku yang DIY ke Bukittinggi tahun lepas, aku ada cerita pasal air terjun kat sini. Memang area ni, air terjun dia banyak. Kata orang air terjun dia macam kat new Zealand, air terjun yang keluar dari celah gunung. Tapi kali ni sebabkan bukan musim hujan, jadi kebanyakkan air terjunnya tak berair. Air ada, tapi arusnya tak ada.. dalam gambar pun tak nampak. Tapi bertuahnya kitorang, bila staff glamping rekomen untuk ke air terjun yang memang hidden gem. Masa kitorang pergi pun tak ada orang, cuma kami je. Mandi la diorang sepuas hati, tanpa gangguan orang lain. Sejuk jangan cakap lah. Tulang pun beku. Haha
Dah puas mandi semua, balik bersiap untuk Check out, lepas check out sempat la bergambar kat photo spot yang dah disediakan oleh pihak glamping. Banyak spot cantik cantik, tapi sebabkan kenderaan yang aku sewa dah sampai, maka bergambar la sekadarnya sahaja. Kenderaan yang aku sewa ni, ownernya aku kenal tahun lepas juga, masa aku DIY ke Bukittinggi tu. Orang kata, bila kita pergi tempat orang, buat baik la dengan semua orang, InshaAllah kita akan dapat kawan yang baik. Korang mesti pelik, kenapa kali ni aku tak guna Gocar kan, sebab, perjalanan balik ni, sebenarnya aku ada banyak tempat nak singgah, kalau ambik Gocar, penat nak usung barang dan bawa turun naik kenderaan. Penyelesaiannya, sewa je senang. Ambik yang 10 seater, selesa untuk kami berenam. Sewa van Rp1,200,000.
Destinasi pertama untuk hari ke3 tu, singgah ke Rumah Makan Sawah Laman. Kat sini baru la anak2 ni puas hati makan nasi padang, kena dengan tekak diorang. Aku pun rasa yang kali ni sedap dan berbaloi. Nasi 2 mangkuk besar licin. Walaupun masa ni aku dah mula ada simptom pening kepala, tapi aku pun makan bertambah. Haha. Makan tengah hari Rp300,000
Lepas makan, bergerak ke Istana Besar Pagaruyung. Singgah untuk bergambar. Sempat la masuk ke dalam istana dan naik sampai ke tingkat 3. Bila kat sini, teringat kenangan masa aku darjah 5 dulu. Aku ada gambar kat tangga depan istana ni. Gambar candid yang posisi gambar tu nampak macam aku sedang berucap depan rakyat jelata. Harap aku dapat la jumpa balik gambar tu.. hehe.
Habis bergambar, kami teruskan perjalanan ke Padang, ikutkan, banyak tempat nak singgah, tapi sebabkan masa yang pendek, terpaksa batalkan. Tempat yang kami termiss kali ni adalah Puncak Lawang dan Kopi Talungkuik. Rugi sebenarnya, tapi apakan daya, semoga ada kesempatan untuk datang lagi. Lagi pun, masa ni aku dah mabuk teruk, pening kepala dan muntah2. Jalan ke padang dari Pagaruyung banyak selekoh, jalan kecik dan berlubang lubang. Memang dari dulu aku kalah kalau jalan macam ni. Tapi kalau aku yang drive, takde masalah, tak pulak mabuk. Dengan menghadap jalan jem, total perjalanan kami hampir 11 jam. Rasanya 3 jam pertama je aku tak mabuk, yang seterusnya memang mabuk terus, muntah tanpa henti. Masa ni la baru aku rasa rindu sangat kat suami yang aku tinggalkan kat KL. Kalau dia ada, dia akan urut tengkuk dan kepala untuk redakan aku. Haha..
Sampai hotel, Teruntum Padang, aku terus check in, sampai kan aku lupa nak ucapkan terima kasih dan say bye bye kat kawan yang aku sewa van dia tu. Andre namanya..(+6282285138008 - nombor phone Andre kalau korang nak guna transport di sana). Masuk bilik, aku terus mandi segarkan badan tiba tiba bila dah agak waras, aku rasa terkilan tak ucap selamat tinggal kat Andre. Sempatlah aku wasap ucap terima kasih pada dia. Cuma tak dapat bagi dia tiping. Nampaknya kena repeat lagi sebab banyak benda yang diluar kawalan terjadi, hehe...
Di padang, aku duduk dalam bilik je. Anak anak keluar cari makanan, sebab kat area hotel ni banyak kedai makan yang buka sampai lewat malam. Ada warkop (warung kopi) juga. Diorang lepak kat warkop sampai pukul 2 pagi. Tengah malam, bff aku tu, tetiba sakit perut. Aku terjaga sebab aku dengar bunyi macam kucing nak beranak, rupanya dia dok menahan sakit perut. Dia memang ada masalah penghadaman kalau makan buah banyak sangat. Yang kali ni aku suspect dia terlebih minum air limau. Ye la, kat sini air limau dia fresh, perah secara manual, dia boleh bantai minum air limau tu tengah hari dan malam, hampir setiap hari. Sudahnya, aku jadi tukang urut nak bagi sakit dia reda sikit. Nasib baik masa nak fly dia dah okey sikit.
Pagi tu kami semua sarapan di restoran hotel, walaupun buffet spread nya banyak, tapi makanan di Grand Rocky lebih sedap. Tapi ini pun dah bersyukur sangat sebab dah include sekali dengan pakej bilik. Masa tengah makan, boleh pulak terjumpa penyanyi suara sedap Miss Azharina. Comel dan mesra sangat orangnya. Rupanya kami 1 hotel dan balik KL pun 1 flight iuga. Bergambar la sekeping untuk kenangan.
Untuk balik KL, aku ambik flight petang, pukul 6.20petang. Touch down Di KL lebih kurang jam 7.35petang. Alhamdulillah, perjalanan trip kali ni selesai dengan baik, anak anak pun aku hantar pulang ke pangkuan keluarga masing masing dengan selamat dan sihat.
Untuk keseluruhan bajet yang kami keluarkan termasuk tiket flight, hotel 4 star ke atas, transportation dan makan unlimited adalah rm730 seorang. Untuk souvenir, memang aku dah pesan awal untuk bawa duit extra. Macam aku pun bawa extra rm400, tapi aku tak beli apa-apa pun, cuma key chain dan keropok kulit lembu je. Tapi duit aku habis juga.. haha.. sekian lah perjalanan trip kali ini.
From Gombak To The World Makcik Kantin.


















































































Comments
Post a Comment