SIRIH PULANG KE ANCASA
Ramadan Dinanti, Anak Yatim Dirai. Hotel : Ancasa Hotel Kuala Lumpur. Harga : Rm98.00 nett (Dewasa), Rm58.00 nett (kanak-kanak & warga emas) Tempahan : 03-20266060 ext 7703 Telah berlangsung majlis berbuka puasa dan meraikan anak-anak yatim bertempat di Ancasa Hotel Kuala Lumpur. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran ini turut disajikan dengan pelbagai hidangan yang lazat dan beraneka macam. Selain makanan yg dihidangkan, pihak hotel dan syarikat Adabi yang berkolaborasi dengan hotel juga telah menghulurkan sumbangan dan duit raya buat anak-anak yatim ini. Yang menariknya, hidangan buffet buka puasa ini, dimasak menggunakan produk dari Adabi. Kehebatan chef dan keenakan rempah Adabi ini tidak dapat disangkal lagi. Terasa seperti sajian istana di zaman silam. Gulai kawah, dalca sayur, ketam 3 rasa, telur itik masak lemak cili padi dan nasi Briyani Johor antara hidangan-hidangan lazat yang disajikan. Jangan lupa ke gerai kambing golek yang laza...