SIRIH PULANG KE ANCASA

 Ramadan Dinanti, Anak Yatim Dirai.

Hotel : Ancasa Hotel Kuala Lumpur. 

Harga : Rm98.00 nett (Dewasa), Rm58.00 nett (kanak-kanak & warga emas) 

Tempahan : 03-20266060 ext 7703



Telah berlangsung majlis berbuka puasa dan meraikan anak-anak yatim bertempat di Ancasa Hotel Kuala Lumpur. 

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran ini turut disajikan dengan pelbagai hidangan yang lazat dan beraneka macam.






Selain makanan yg dihidangkan, pihak hotel dan syarikat Adabi yang berkolaborasi dengan hotel juga telah menghulurkan sumbangan dan duit raya buat anak-anak yatim ini.





Yang menariknya, hidangan buffet buka puasa ini, dimasak menggunakan produk dari Adabi. Kehebatan chef dan keenakan rempah Adabi ini tidak dapat disangkal lagi. Terasa seperti sajian istana di zaman silam.













Gulai kawah, dalca sayur, ketam 3 rasa, telur itik masak lemak cili padi dan nasi Briyani Johor antara hidangan-hidangan lazat yang disajikan.











Jangan lupa ke gerai kambing golek yang lazat. Terasa salutan rempah yang meresap ke daging kambing, membuatkan terasa ingin menambah sepiring lagi. Tapi banyak lagi hidangan lain yang harus dicuba. 




Percayalah, 10 tahun akak menceburkan diri dalam dunia F&B terutama dalam bidang menggoreng pisang dan mencucur, ini lah pertama kali akak hampir menangis menikmati cucur pisang yang sangat sedap. Lembut dan rangup, cukup rasa manis dan lemaknya. Punya tak malu, sempat la minta resepi keenakan cucur pisang tu pada chefnya. Inshaallah akan dicuba dalam masa terdekat.





Selain cucur pisang yg lazat, terdapat hidangan raya seperti lemang dan rendang, nasi impit dan kuah kacang juga. Ikan bakar, aneka mi dan laksa juga ada. 















Kuah yong tau fu kat sini sedap tau. Cukup rasa manis masin pedasnya. Disediakan juga beraneka bebola dan sayuran. Aneka sushi juga ada. 









Yang paling menarik, dessert yang disediakan, terlalu banyak sampai tak tahu nak makan yang mana satu. Sedap, manis yang sesedap rasa, dessert tradisi dan juga modern, semua ada. Tapai, wajik dan dodol pun ada. 







Pendek kata, nak makan apa, sebut je. Semua ada. Berbaloi dan puas hati semestinya. Tunggu apa lagi? Cepat-cepat buat reservation. 


Love, 

Mami EL


Comments

Popular posts from this blog

Medan Indonesia 2023

Padang DIY lagi.

United Nine Creative & TFP Solution Berhad Bergabung Tenaga Memacu Revolusi Industri Kreatif Digital