GALERI NUR RAUDHAH

 Buatmu Kerinduan Ku Ya Rasulullah



Galeri Nur Raudah, satu galeri yang menempatkan barangan peribadi @ athar Rasulullah, nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Galeri yang terletak di Ukay Height ini telah diasaskan oleh Ustaz Zawawi Bin Ramli dan isteri Puan Raba'ah Binti Aziz. 



Pemilikan athar Rasulullah ini adalah dengan kerjasama Galeri Warisan M.A.R Terengganu yang diasaskan oleh Allahyarham Prof Dr Abdul Manan Embong seorang pakar arkeologi dan pernah berkhidmat sebagai Penasihat Muzium Sultan Brunei.



Galeri ini ditubuhkan bertujuan untuk umat Islam mendekatkan diri dan hati dengan Rasulullah melalui juzuk tubuh dan barangan peninggalan baginda. 





Setiap barangan Rasulullah yang dipamerkan ini, telah melalui kajian dan postmortem selama bertahun-tahun sebelum disahkan sebagai tulin dan diberikan sijil pengesahan. Barangan yang dipamerkan juga adalah tulin dan bukannya replika. 

Menurut pengasasnya, galeri ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang buat seluruh umat Rasulullah melihat sendiri barangan peribadi baginda kerana menurutnya, barang ini bukan milik peribadi melainkan milik seluruh umat Nabi SAW


Pedang Rasulullah 


Turban Rasulullah


Kantung Air Rasulullah 





Di galeri ini, terdapat pelbagai aktiviti selain dari menziarahi athar Rasulullah, antaranya kursus penghayatan sirah Rasul, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan sebagainya. 

Galeri ini dibuka kepada orang ramai tanpa mengira bangsa dan negara. Masuk adalah percuma. Di buka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Terletak di Ampang Selangor, tempat ini sangat mudah untuk dikunjungi, hanya waze sahaja Rumah Kasih NuRul Hasanah. 






Galeri yang telah ditubuhkan sejak penghujung 2021 ini juga telah menerima kunjungan dari dalam dan luar negara. Ramai pengunjung dari luar negara telah datang berkunjung ke galeri ini demi untuk melihat sendiri barangan Rasulullah yang tak ternilai harganya ini. 

Datanglah beramai-ramai mengunjungi Galeri ini. Sesungguhnya kecintaan Rasulullah kepada umatnya telah terbukti. Maka kita sebagai umat baginda haruslah membuktikan juga kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 


Love, 

Mami EL


Comments

Popular posts from this blog

Medan Indonesia 2023

Padang DIY lagi.

United Nine Creative & TFP Solution Berhad Bergabung Tenaga Memacu Revolusi Industri Kreatif Digital