BERBUKA DI JERAM
Kenangan Sepanjang Jalan
Sejak anaknda Syakirah yang kami panggil kakak masuk ke sekolah berasrama bulan lalu, maka kerap lah kami suami isteri berulang ke Sabak Bernam tempat terletaknya sekolah kakak atas pelbagai urusan.
Esok, 6 April 2023, kakak ada temujanji rawatan di Hkl, maka hari ni kami dtg lagi ke Sabak Bernam untuk menjemput kakak balik. Jarak perjalanan dan masa yang dilalui terasa jauh dan lama. Tapi dek kerana tanggung jawab sebagai ibu ayah, maka kami laksanakan juga.
Hari ni bergerak dari rumah di Gombak pada jam 3 petang, dan sampai di sekolah sekitar jam 5 petang. Sebaik kakak masuk je dalam kereta, terus kami bergerak pulang. Tapi disebabkan kesuntukkan masa untuk berbuka, maka kami singgah ke restoran makanan laut Aroma Ikan Bakar yang terletak di Jeram Selangor.
Sebenarnya dah beberapa minggu tekak ni teringin nak makan seafood yang segar-segar. Alhamdulillah hari ni lepas juga kempunan nak makan seafood.
Kami sampai di restoran sekitar jam 6.50 petang. Dengan masa yang ada, dapat la buat pilihan seafood yang hendak dimakan. Dan sementara menunggunya waktu berbuka, sempat bergambar ditepi pantai sekeping dua frame.
Banyak juga pilihan seafood yang segar di sini. Pilihan akak hari ni, ikan merah yang agak berat juga, sekitar 1.5 kg beratnya. Ikan merah segar ini akak pilih untuk dimasak masak tiga rasa.
Paling sedap di tekak akak, udang masak buttermilk. Cukup rasa lemak kuahnya dan manisnya udang laut yang segar. Ketam kat sini isinya penuh dan segar, kami pilih utk dimasak sambal pedas. Kerang dibakar dimakan dengan sambal kicap pedas. Cuma yang agak kurang, sotong celup tepung kerana salutan tepung tu kurang rangup dan sos pencicah kurang ngam ditekak akak.
Lauk tambahan yang kami pilih adalah tomyum ayam, kailan goreng biasa, telur dadar. Minuman penyegar tekak, 1 jug jus tembikai dan 1 jug jus mangga. Siapa yang suka manis, boleh minta utk tambahkan gula kerana air yg di hidang cuma manis-manis buah.
Boleh dikatakan kami berpuasa hati menikmati makanan di sini, seafood yang segar, tempat yang strategik di tepi laut, angin yang bertiup nyaman dan siap boleh tengok sunset lagi. Korang kalau ada plan nak ke Kuala Selangor, boleh la singgah ke sini. Jangan lupa tau.
Love,
Mami EL















Comments
Post a Comment