SAJIAN WARISAN BONDA ALA KAMPUNG
Hotel : Ibis KLCC
Bermula 23 Mac hingga 21 April.
Kampung Kitchen Buffet Restaurant menyediakan buffet buka puasa yang lazat dan menyelerakan.
Korang kena grab promo early bird ni sebab harga yang ditawarkan sangat berbaloi.
Dewasa : Rm78 nett ( normal : Rm98 )
Kanak2 : Rm68 nett
Dengan harga serendah Rm78, anda boleh menikmati pelbagai menu masakan kampung yang lazat.
Yang paling dicari kalau ke buffet Ramadan ni of course la kambing golek kan? Ya ampun, sedap weh, daging kambing tu lembut gila dan juicy, korang makan pulak dengan sos yang disediakan. Ada 2 jenis, sos blackpepper dan mint sos, dua2 sedap, tapi paling sedap bagi akak, mint sos. Cukup segala rasa. Fuhh, masih teringat-ingat kesedapannya. Slurpp...
Sambal udang kat sini pon sedap. Serius cakap, cukup segala rasa pedas manis masinnya. Akak sebagai makcik kantin tak puas hati, rasa nak minta je resepi sambal udang tu, tapi malu. Haha..
Gulai daging Pak Munawir, jangan la korang lupa nak rasa, akak menyesal tak rasa, sebab bila dah balik, kawan akak cakap, sedap gila gulai daging tu, rasa rempahnya cukup, sebab diolah menggunakan rempah Adabi yang melazatkan kari dan kuah. Memang merecik peluh kalau makan ni.
Cendol!! Dia ada cendol durian weh.. Bau durian tu pon dah buat rasa nak buka puasa awal. Haha. Selain cendol, ada juga ABC, pandai-pandai korang la nak tambah apa dalam ais kisar, condiments dah disediakan.
Jangan lupa ke gerai apam balik Astana Raja. Crunchy oii apam baliknya, memang tak cukup satu. Tapi jangan ikut nafsu, banyak lagi makanan lain yang korang kena try. Ada satey ayam dan daging juga.
Kerabu dan salad pon ada, termasuk juga rojak buah yang korang boleh gaul sendiri. Kuah rojak ni, teringat zaman kanak-kanak, rasa tu macam stail kampung zaman opah kita dulu-dulu. Slurpp.. Sedapnya..
Live cooking pasta pon ada. Oh ye, roti john dan murtabak korang jangan lupa cuba, special betul rasa roti john tu sampai memberi inspirasi kat akak untuk buat roti john dengan rasa yang sama kat bazar ramadan kantin akak nanti. Doakan la akak berjaya olah resepi roti john tu nanti ye.
OK, part yang paling best ialah dessert, ada macam-macam jenis kuih manis tradisi, kuih talam dan aneka kek. Gigitan pertama kek red velvet kat sini, buat akak terkenang kat kek red velvet paling sedap akak pernah makan suatu masa dahulu.sebab dah lama sangat, covid menyebabkan kek yg sedap tu entah kemana chef pastry nya.. Huhu.
Kat sini, parking free tau. Mana nak cari kat KL ni parking free? Haa..kat sini lah tempatnya, buffet murah, makanan sedap dan berbaloi.. Ruang makan selesa walau ramai orang. Tak percaya? Cuba lah..



































Comments
Post a Comment