PERPISAHAN YANG MENYAKITKAN

 Sebagai makcik kantin, satu perkara yang paling akak tak suka, iaitu perpisahan dihujung sesi persekolahan. Terutama dengan Batch Form 5 (F5). 


Dari kiri Amirun, Naim, Muiz, Baim, Emir, Maldif, Akak kantin comel, Numer, Afeef, Fahim, Isma, Arman, Acap

Mungkin korang tak pernah ada pengalaman dengan makcik kantin sekolah korang, jadi korang tak ada apa-apa perasaan. Tapi percayalah, akak ni makcik kantin yang rare. 


Bergambar dengan anak-anak perempuan yang comel dan cantik-cantik belaka. 

Sepanjang 3 tahun jadi makcik kantin, akak memang rapat dengan batch F5, lagi2 sekolah akak ni Sekolah Berasrama Penuh, jadi kami rapat macam mak dengan anak, sebab dah pagi petang siang malam ko hadap hari-hari.

Yang ni anak-anak kesayangan. Dari kiri Asep, Kandar, Baim dan Deli. 


 Akak ada satu sindrom bahaya yang tak terkawal iaitu sindrom takut anak-anak lapar.  Bila jadi makcik kantin ni, akak paling risau kalau anak-anak kat sekolah ni mengadu lapar. Sedaya upaya akak akan pastikan ada makanan untuk dijamu walaupun cuma roti, biskut atau apa-apa je lah, sebab diorang memang kaki makan. Haha.. 




Untuk sekolah berasrama ni, sebelum SPM, diorang memang dah di kuarantin dalam sekolah waktu cuti. Dan kebetulan SPM pon memang dalam waktu cuti penggal akhir persekolahan. Jadi, korang bayangkan la macam mana rapatnya kami ni.




Walaupon katanya patah tumbuh hilang berganti, tapi yang patah tu tumbuhnya dah tak sama. Vibes yang dibawa setiap Sem tu tak sama. 

Sayang anak orang, tak sama macam sayang anak sendiri. Kita sayang anak-anak, kita akan lepaskan mereka untuk mengejar cita-cita, tapi anak sendiri akan pulang untuk bersama kita kembali, tapi anak orang tak mungkin akan pulang kepada makcik kantin. Kan pelik tu. Haha.. Akak ketawa, tapi sebenarnya tengah menangis. Ya ampun, tak terbayangkan tiap kali sesi akhir persekolahan macam ni la keadaannya.




Tapi kali ni, vibes dia tak sama, sebab anak-anak F5 yang kali ni lain macam perangainya, nakal, banyak perangai yang aneh-aneh keluar time SPM ni.. Pening kepala akak. Tapi itu la pengalaman yang berharga dengan diorang ni. Kot-kot la ada yang jadi menteri ke esok-esok, boleh la akak open table kan.. Haha..



Comments

Popular posts from this blog

Medan Indonesia 2023

Padang DIY lagi.

United Nine Creative & TFP Solution Berhad Bergabung Tenaga Memacu Revolusi Industri Kreatif Digital