MEET AND GREET
Kenangan mengusik jiwa bila mendengar lagu-lagu dari penyanyi lagenda Uji Rashid. Teringat zaman kanak-kanak dulu. Lagi-lagi lagu beliau berduet dengan Hail Amir.
Meet and greet di Scottage Cafe memberi peluang buat peminat-peminat yang dah lama rindu akan suara gemersik penyanyi berbakat besar ini, untuk mendengar lagu-lagu dendangan beliau.
Pemilik nama sebenar Fuziah Binti Harun Al Rashid ini juga merupakan seorang pelakon berbakat, beliau turut pernah membintangi pelbagai filem malar segar. Lakonan mantap beliau masih segar dalam ingatan akak kantin.
Pada hari yang dijanjikan, beliau hadir bersama dengan anaknda beliau yang juga pelakon bernama cico. Akibat masalah kesihatan yang dihadapi, cico kini berehat dari dunia lakonan sehingga ke satu tempoh yang tidak diketahui, bersama-sama kita mendoakan agar kesihatan cico kembali seperti sedia kala.
Pada program meet and greet ini, kami telah dihidangkan dengan makanan dan minum petang yang lazat dari Scottage Cafe. Cafe ini menyediakan tempat untuk sebarang majlis kecil-kecilan untuk disewa oleh orang ramai. Boleh berhubung terus dengan admin Scottage Cafe.





Comments
Post a Comment